Monday, November 12, 2007

Tombak Hujan di Kaki Petani

Sarat sedunya melindungkan hiba
wajah ungunya menceritakan perasaan
alangkah gundah kecewa menjelma
gerimis mercup menumbuhkan igauan.

Usah menyalahkan lembing hujan
yang menombak dadamu saban hari
sedang malam berkelambu duka
menghanguskan kuali kosongmu.

Esok tombak hujan datang lagi
tanpa amaran tanpa kebenaran
kerana tidurmu pun pinjaman cuma
dunia manusia mencambah sengketa.

Tombak hujan bukan akur janji
bumi aman sejati, tetapi
lambang rezeki yang melimpah
ada kalanya menghantar musibah.

AMINHAD,
Putrajaya.

No comments: