Wednesday, July 11, 2007

Kemurungan dan Dr HM Tuah

Jun dan Julai sebenarnya bulan kemurunganku. Macam-macam yang kulakukan serba tak kena. Macam-macam yang kuusahakan serba tak menjadi.

Jun 2007, aku sempat menjengah dua kali ke tanah selatan Semenanjung setelah kutinggalkan sejak 1983, dan aku menjenguk kembali Batu Pahat, Muar, (tapi tak jumpa Parit Raja, aneh), Air Baloi, dan Pontian, lalu ke titik paling selatan di benua Asia di Tanjung Piai bersama-sama Pak Sham, Dr Ghalateh dan Pak Lutfi penyair tersohor yang baru menang hadiah itu. Tapi, 300 peratus pasti kalian tidak akan percaya kalau melihat keceriaan kita yang saling sambung menyambung 'berlawak celaka' sepanjang di Pontian hingga ke Karimun dan kembali, bukan. Ha,ha,ha. Aku memang pandai berpura-pura kerana bukankah hidup ini sebenarnya suatu sandiwara?

Aku gembira kerana dapat membantu jabatan isteriku (Hass Ana/ Rohana Hassan di JKKP, KSM, Putrajaya) "mendapatkan" motivator Dr HM Tuah Iskandar al-haj walaupun aku sendiri sudah puluhan tahun tidak bertentang mata -- hanya bersms. Alhamdulillah, lelaki itu kini betul-betul berTuah dan luarbiasa Hebat! (Tahniah! Isteriku sempat meminta autograf pada naskhah novelnya yang sememangnya laris itu!)

Aku sewajibnya mengikut jejaknya walaupun sebenarnya aku sudah terasa ketinggalan 47 tahun di belakang. Apa bezanya dia? Dia dianugerahi-Nya tetap 24 jam, dan aku? Dia duanugerahi-Nya secukup sifat dan akal yang waras.

Barangkali aku tidak melatih otakku untuk menjana sekian-sekian juta saraf agar amalan "Al-Waliyu" asmaulhusna itu benar-benar memercupkan berjuta-juta idea.

Apa masalah aku? (Semua insan pasti ada masalah yang barngkali menjadi pencabar ataupun sebagai penghapus dosa). Ya Allahu Akbar!

Friday, July 06, 2007

Sepi dan Terasing

Kali ketiga aku membina halaman ini tetapi tetap gagal setelah seawal 1.30 hingga kini aku menjengah blog teman-teman yang penuh berisi.

Memang terasa semakin sepi dan terasing atas keruwetan hidup yang semakin berbelok dan berliku. Biarlah yang lurus hanya niat dan yang berbelok itu cobaan.

Yang membengkokkan yang lurus itu nafsu.
Yang meluruskan yang bengkok itu hidayah dan ilmu.

Manusia perlu sepi untuk ketakwaan dan bertanya diri.
Manusia perlu terasing demi merenung ke dalam alam dan memperbetul peribadi.

Manausia perlu sepi dan terasing untuk mengaktifkan saraf dan menjana idea sepanjang masa kecuali sesudah menemukan m-a-t-i.

Sepi dan Terasing

Setelah sekian lama, baru aku tersedar sudah lama aku tidak melawati blog teman-teman. Memang terasa sepi dan terasing.

Keruwetan hidup menuntut pemenungan dan penyendirian serta kesenyapan.

Ahli fikir juga mencintai alam kesenyapan untuk memperoleh kekhusyukan.

Sepi dan terasing mengajar aku erti Keagungan dan Kebesaran-Nya atas segala qada dan qadar-Nya kepada manusia yang berkarya setiap detik Di Kulit Bumi Karya-Mu jua Rabb.

Aku juga terasa semakin sepi dan terasing dalam dunia sastera dan seperti menjadi penulis yang baru betul-betul belajar merangkak semula kerana tidak ada karya yang tersiar ujung-ujung ini.

Sejak 1.30 tadi aku bangun dan santak ke subuh, aku banyak belajar dari blog teman-teman, memperoleh ilmu dan khabar yang tidak akan kuperoleh dari mana-mana kedai, waalaupun hanya di ruang maya.

Bukankah hidup ini juga maya dan fana? Ada tetapi tiada. Tiada tetapi terlihat ada.

Sepi dan Terasing

Barulah dini hari ini aku berkesempatan untuk melayari blog teman-teman. Patutlah kata sham al-johori, aku dah lama menyepi. memang. aku sendiri terasa sepi dan terasing. dalam dunia sastera ataupun penerimaan karyaku untuk ditatap oleh khalayak. aku terasa seperti penulis baru yang betul-betul baru merangkak semula untuk bertatih....


Keruwetan hidup, salah satu punca manusia menyepi dan mengasingkan diri.

Manusia akan menjadi pendiam dan murung. Tertekan dan kehilangan punca untuk mencari di manakah kesilapan dan kesalahannya dalam hidup sehingga menerima hukuman: Sepi dan Terasing.


Memang itu cabaran, dugaan dan entah apa-apa lagi. Tapi...kita tetap perlu terus merangkak Di Kulit Bumi Karya-Mu.


Perjuangan manusia tak pernah selesai. Keperluan manusia tak pernah langsai. Kecuali sesudah m-a-t-i. Itu ... langsai soal di dunia tetapi di akhirat tetap akan terus berjuang mempertahankan hak kehidupan yang dipinjamkan-Nya. Berhati-hatilah. Landasan kita perlu betul. Jalan atau lorong kita perlu lurus.


Yang bengkok atau berkeluk hanya ... cobaan!


Yang membengkokkan semua yang lurus hanyaalah ... nafsu!