Sunday, August 14, 2011

Sekian Kembara Nyawa

Berlegarkah ia
antara lapang siang dan kaki senja
atau melekap di celahan fajar
semenjak sekian tahun merangkak-rangkak
dalam saraf dan degup jantungmu?

Perca nafas bertebaran
selirat solat membenih atau berkaparan
di atas bentangan hamparan amal
semenjak di dalam rahim ibu
dalam perut sesudah mudigah diseru.

Menatap bersit kudus sinar
mengasyik azan bergetar
membasahi baju imani
yang kaukendong sepanjang jalan ini
dan tiba-tiba nanti terputus rezeki.

Sang malaikat bertebaran ke penjuru alam
tetapi sebutir padi pun tiada lagi buatmu
sang malaikat yang berulang 70 kali ke mukamu
janji Tuhan disiramkan ke jasad itu
direnggutnya nyawa, tergeletaklah jasad.

Pada saat kembara nyawa telah sirna
bergelut di dalam badani dan manusiawi
selamat datang ke negeri nan abadi
benar janji ke langit tujuh kan mendepani
Maha Agung Rabb, harum-hanyirkah rohku ini?

AMINHAD,
14 Ramadan,
14 Ogos, 2011.
Sabak Bernam.


Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Monolog Pada Hari Bapa

Papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada.
Kita manusia seperti sengaja tak melihatnya atau juling nyedar rasa,
agaknya.

MALAIKAT MAUT membelek-belek wajah manusia
di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika kami datang merenung wajah seseorang,
didapati ada yanggelak ketawa.
Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diminta oleh ALLAH untuk MENCABUT nyawanya
tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa?"
Salman al-Farisi meriwayatkan,bahawa
Nabi SAW berpesan:"Perhatikanlah tiga perkara
kepada orang yang sudah hampirmati itu.
Pertama: Berpeluh pada pelipisnya.
Kedua: Berlinangair matanya.
Ketiga: Lubang hidungnya kembang-kempis.
Manakala jika ia mengeruh seperti tersedak.
Air mukanyanampak gelap dan keruh,
menandakan gejala azab daripada Rabb sedang menimpa dirinya."

Kucatat kembali ini kata-kata
pada papan tanda AWAS itu.
Percayalah, papan tanda ini tidak kelihatan
tetapi ada.
Seperti angin yang kita percaya
tetapi tidak kelihatan wujudnya.

AMINHAD,Serdang.

Friday, June 18, 2010

Dicengkam Keliru

Simpang yang sebenarnya terang
kadang ketika menyesakkan tayangan
apabila dipancar sorot kekalutan
yang kononnya benar tetapi palsu
yang kononnya jelas tetapi ragu.

Terang di retina tetapi palsu di layar nyata.
Terang di layar maya tetapi rancu di retina nyawa.

Apakah mansuia sengaja mencipta keliru
dan singa haloba pula sentiasa menyuakan
taringnya untuk mengunyah-ngunyah daging
dan tulang si papa yang kelihatan berisi
tubuhnya tetapi amat kecil hatinya?

Inilah sahabat yang dikatakan bukan
sahabat. Inilah sahabat yang digambarkan bukan
pemberi perlindungan. Mencakar dalam baju.
Menyembelih dari belakangku!

Hidup ini memang dipenuhi simpang liku
dan keliru, anakanda.

PUTRAJAYA,
18 Jun, 2010.

Tuesday, May 25, 2010

Terlihat Tiada Terasa Ada


Ini Papan Tanda Awas kepada Manusia

Papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada. Kita manusia
seperti sengaja tak melihatnya atau juling nyedar rasa,
agaknya.

MALAIKAT MAUT membelek-belek wajah manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari.

Ketika kami datang merenung wajah seseorang, didapati ada yang
gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat
orang ini, sedangkan aku diminta oleh ALLAH untuk
MENCABUT nyawanya tetapi dia masih berseronok
dan bergelak ketawa?"

Salman al-Farisi meriwayatkan,
bahawa Nabi SAW berpesan:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir
mati itu. Pertama: Berpeluh pada pelipisnya. Kedua: Berlinang
air matanya. Ketiga: Lubang hidungnya kembang-kempis.
Manakala jika ia mengeruh seperti tersedak. Air mukanya
nampak gelap dan keruh, menandakan gejala azab daripada Rabb
sedang menimpa dirinya."

Kucatat kembali ini kata-kata pada papan tanda AWAS itu.
Percayalah, papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada.
Seperti angin yang kita percaya tetapi tidak kelihatan wujudnya.

AMINHAD,
Serdang.