Wednesday, April 29, 2009

Cinta Sayang

Cinta begitu agung
antara isi alam
langit dengan cakewala-Mu, Rabb
dan aku saban detik hanya berusaha
melurusi perjalanan insani
yang sering terfana dan alpa
oleh alur hidup, lopak atau
ranjau yang sengaja dan/ atas
olahku sendiri
di kulit bumi karya-Mu.

Ampuni aku, Rabb
saat aku meninggalkan
kulit Bumi karya-Mu nanti
saat rohku meninggalkan jasadi
yang sementara bukan hakiki
yang indah tetapi tak kurenungi
sekian untai nyawa yang kaupinjamkan
sekian-sekian usia.

AMINHAD,
ALOR SETAR,
29 April, 2009.

6 comments:

faziz ar said...

pada merayap dilaman maya ini yang mana saya masih baru, terjumpa blog saudara..maaf saya mengunjunginya tanpa diundang dan berminat kerana saya juga meminati puisi..puisi itu kata-kata indah penuh puits dan ribuan pengertian..blog saya..ada puisi lama sedang saya persembahkan..fauzim8.blogspot.com kalau sudi boleh bertandang...tapi saya orang baru dalam dunia pemblogan..

edolah said...

tahniah kerana tuan sudah mula masuki gua sufi dalam puisi-puisi. selepas ini bolehlah berkongsi madrasah dengan rakan kita, sham al-johori...he he

oshin68 said...

Selamat Hari Guru!!!

D'Rimba said...

Teringin hendak menulis sajak tapi tidak mahir.

Zarif Hassan said...

Salam Sifu,
lama benar menyepi,
mengapa memilih bersendiri..

Eun Ariki Aizawa said...

salam cikgu amin,
saya berminat menghasilkan sajak tapi sy segan untuk meminta kritikan daripada tuan2 yang hebat spt cikgu,tn.hj shamsudin,dr.naffi..