Tuesday, April 28, 2009

Inilah Kembara Riwayat

Di ruang yang terasa asing dan sepi
hanya menungan dan renungan ke dalam
pengubat peribadi
dalam diam, dalam dendam
nyahlah sepi
myahlah segala duka berapiiiiiiiiii!

Di lorong yang asing ini
di hadapan Masjid Zahir
dua ekor rama-rama menabrak lukaku
dan merabakkan sekian renungan
bahawa sepiku bukan untuk kesesatan
dukaku bukan untuk diri kubunuhkan.

Hadapan Istana,
Alor Setar,
1.16pg

No comments: