Monday, June 15, 2009

Selamat Hari Bapa

Al-Fatehah buat Ayahanda Mohd Nasir bin Palil
yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30pagi,
8 Jun, 2009.

Lahir: 2 Jan, 1939.
Usia: 70 Tahun.

Beliau yang memelihara saya sejak usia 4 tahun.
Kepergian beliau amat dirasai kerana hanya
saya seorang anaknya.

Allahyarham sahabat karib Dr Ahmad Razali Yusof
semasa zaman bujang, berbasikal ke sana sini,
menikmati hidup serba sederhana tetapi ceria.

Dua buah puisi untuk beliau, belum sempat ditatap.

Semoga rohnya berada di sisi hamba-Nya yang
soleh.
Amin.

TK kepada teman-teman yang mengirimkan al-fatehah.
Semoga budi Tuan, Dia Balaskan.

13 comments:

ita_zita said...

Salam Takziah. Al-Fatehah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN.

ekspresi said...

takziah atas kehilangan.
tahniah kemenangan puisi islam baru ni.

Melihat Kesunyataan said...

Salam takziah daripada saya.

N Faizal Ghazali said...

Salam Tuan, Selamat datang ke UKM nanti ya.

JHaZ KiTaRo said...

salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. kalau rajin, lompat2 laa ke blog hamba.. :)

MARSLI N.O said...

Salam Ramadhan dan takziah Sdr Aminhad.

Marsli N.O

Unknown said...

salam dato' seri aminhad...ucapan ramadan memanggil penuh shahdu tanda kemuliaan bulan seribu bulan dan malam seribu malam.takziah kehilangan ayahanda sunyi di hari lembaran.. kami juga sepi tanpa nukilanmu yang terkini..aku peminatmu..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Aminhad,

"takziah".

SG said...

salam bro amin,

tadi aku dah taip tapi tetiba tak boleh nak publish.apa pun aku nak ucapkan tahniah buat bro, kerana kesabaran pagi tadi yang membuatkan aku kagum.walaupun dicuba berkali-kali tak boleh,akhirnya, bro meninggalkan laptop itu di atas meja yang ditemani ustaz yang ketika itu dia berkali-kali mengulang membacakan doa,sedangkan aku masa itu,menatap berita harian sambil sesekali menjeling ke arah laptop itu. kemudian,datang pulak chin yang manis bila senyum, meletakkan sesuatu kertas berhampiran laptop itu sambil berkata buang saja laptop ini.aku teringatkan laptop aku dulu kerana tak boleh buka (switch on) menyebabkan aku telah masukkannya ke dalam tong sampah. masa tu `angin' dan aku tak fikir panjang terus campakkan saja laptop aku ke dalam tong sampah,sehingga sekarang aku tak tau ke mana laptop aku sekarang.hehehe.kesabaran bro pada laptop pagi tadi patut diteladani dan bersahaja meninggalkan laptop itu bersendirian di atas meja.. kerana ada tugas yang lebih penting daripada melayan laptop yang merajuk macam ada perasaan seperti manusia. laptop tak boleh dihidupkan (cannot to switch on) kenapa jadi macam tu bro,biasa pakai kunci keramat,laptop akan mengucapkan salam kepada bro satu-satunya tuan yang membawanya kemana sahaja bro pergi..ustaz baca doa selepas tu baru boleh buka (switch on) kot.apa pun kesabaranmu bro, satu dalam sejuta.itu yang membuatkan bro,layak diberi anugerah johan sastera islam baru-baru ini. manakan tidak, hantar pertandingan tahun 2005,umum kemenangan tahun 2009.pelik tapi benar. SELAMAT BERKARYA..SALAM bro..dan selamat berpuasa dan selamat hari raya.hari ini kita puasa dah 24 hari.sedih meninggalkn ramadan.

dariana said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين
جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم
...........................
Ta'ziah dan hadiah pahala al-Fatihah buat ayahanda tersayang. moga ditepatkan di maqam org baik2. amiiin

ramy0722 said...

Salam Takziah Datuk. Bila nak dtg Klate, aku nok sambut dgn karpet merah..hehehe..

Mohd Idzaney Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Idzaney Zakaria said...

Cikgu..salam takziah atas pemergian ayahanda Cikgu..life must go on, Cikgu...dah lama tak jumpa cikgu lepas passing-out dari RMC 2001...saya pun kerja di cyberjaya...teringin saya untuk menghantar karya-karya kepada cikgu untuk dinilai seperti dahulu kala...