Wednesday, October 10, 2007

Semenjak Kecil Diajar Membatang


Begitu kita diajar dengan penunjuk rumbia
yang keras, berkilat, hitam dan keras
sekeras suara tuk guru bertegas
membatang dan membetulkan tajwid
sebenarnya mahu membenarkan niat
mengenal mushaf dan mengenal Engkau rahsia zat.

Sekian tahun guru itu telah mengembara lagi
tetapi berpergian di negeri yang lain
sebenarnya mahu membentak serakah nafsumu
hanya insan yang kenal diri mahu menginsafi
putih sirah nabi menerangi Hira' sepi
semenjak kecil sebenarnya engkau dilentur berperibadi.

AMINHAD,
Seri Indah - Putrajaya.

No comments: