Monday, January 28, 2008

Itulah Kehidupan

Menyongsong angin dsn puing usia
tak ternah usai belit tali masalah
kusut dan terus mengusutkan jalan
menuntut akal memerah bijaksana
menuntut iman mengejap keberanian
kerana dugaan itu kekal
dan bahagia itu sementara
nyawai itu sementara
dan amal itu kekal adanya.

itulah kehidupan
apabila hari ini ada seorang
presiden kembali kepada-Nya
esok akan lahir sekian presiden
yang hidup seribu tahun
walaupun hanya amanatnya
untuk hidup sejagat dunia.

AMINHAD,
Putrajaya,
28 jan, 2008.

Monday, January 14, 2008

Salam Maal Hijrah 1429

Salam tahun baru, semoga segala yang bakal kita tempuhi sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk insan sejagat. Aaamin. Hari ni aku penat. Macam tak ada idea pulak. Barangkali beban kerja yang semakin bertimpa-timpa. Itu tanggungjawab yang perlu diutamakan.