Wednesday, October 24, 2007

Kelmarin Hanya Tinggal Kenangan

Kunjungan ke Desa

Imbauan Desa Semasa Kecilku

Kenangan Terindah

Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu akan kujadkan kau kenangan yang terindah dalam hidupku namun takkkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku... begitulah kata lagu yang popular dari Seberang. bETUL KAN?

Desa yang Menguja Keinsafan

Desa yang bening dan permai
kerap mengusap nuraniku yang tiba-tiba
sedu dan terkesima oleh olah diri
zaman kanak-kanak mengkristal
kemudian mercup bagai bunga api
yang mencorakkan indahnya kenangan.

Pun ada jejak-jejak yang hilang
dimamah deru pembangunan
kerinduan itu tak pernah terpadam
saat melihat kelibat telaga yang
kini sengaja disebukan atau
parit berkubang menjadi semakin lebar.

Segalanya menghimbau rindu
seglanya menguja keinsafanmu
bahawa hari-hari yang telah dilalui
semakin panjang atau mungkin juga
akan berakhir perjalanan ini
pada detik yang tiba-tiba sahaja
sebagai penghujung jalan
sebagai stesen akhir duniawimu.

AMINHAD,
Pulau Indah - Sabak Bernam.
12 Syawal1427H.

Tuesday, October 23, 2007

Catatan Sesudah Lebaran

Beberapa hari sampai sekarang aku dan teman-teman demam selsema. Mungkin bahana makan banyak semasa raya. Tak ada pantang, jumpa apa semua sapu. Puasa 6 tentu jadi penawar yang terbaik!

Hari ini, internet meragam. macam-macam yang aku buat, banyak error yang terpaksa aku telan sebab dua buah sajak aku dan "ditelannya". Semoga hari-hari mendatang jumpa lagi. Aku nak tengok blog Dr Ghazali Latehepas ni. Agaknya, dia beraya di rumah baru.

Aku? Belum beraya lagi sebenarnya....

Selamat Tinggal Lebaran

Salam sahabat. Sajak-sajak aku dalam blog ini (kecuali yang tersiar dalam MM) belum pernah tersiar di mana-mana dan semuanya sajak spontan yang aku garap sebelum post. Maka, baru sekejap tadi "terkorban" sajak "Selamat Tinggal Lebaran" yang dah siap tiga para tetapi tak sempat save dan post. Aduz! Sebelum ni pun ada tiga empat sajak yang "menjadi korban" teknologi dunia globalisasi ini. Itu takdir namanya. Kepada yang bertanya, aku sebenarnya dalam proses menghimpun sajak-sajak lama sejak 1979. Aku tak ada antologi sajak kecuali Segala Kasih yang menang Hadiah Sastera REMAJA ESSO-GAPENA IV, DBP 1987. Ada 30 buah sajak untuk bacaan remaja. Antologi tu dapat Hadiah Kedua (tidak ada tempat Pertama) dalam siri itu. Proses dokumentasi memang lambat kalau tak konsisten. Aku harap akan dapat sekurang-kurangnya 100 buah sajak yang aku anggap mewakili zaman yang kulalui hingga sekarang. Mungkin akan nampak perbezaan sajak-sajak awalku hingga sajak-sajak blog ini. Doakanlah aku berjaya. Terima kasih sahabat.

Sajak Selamat Tinggal Lebaran yang aku ingat tentang Kesyukuran melewati Ramadan yang kena berlapar dan berdahaga tapi yang lebih penting IBADAH bukan hanya dalam bulan itu sahaja.

Ramadan yang Menjauh

Ramadan bukan sebuah galaksi atau
sebahagian cakerawala di langit luas
bukan Zwicky 18 atau Bumi atau Zuhal
dan bukan taburan buruj yang membentuk
atau menyerupa zarah tetapi mujarad ia
pada mata zahir dan menggunung pada
mata batini. Maka Ramadan yang menjauh
tak pernah kau nampak kelibatnya
dan bayangan sendu rinduku juga tak
tersangkut di pedu hari demi hari yang
pasti melewati dini hari dan fajar
iman.

Terlihat tiada tetapi terasa hadirnya
bahang dan dingin angin yang meliukkan
ranting-ranting usia, demikian Ramadan
tak pernah maujud di mata lahiri tetapi
terasa di lipatan batini.

Ramadan telah menjauh kini, sahabat
meninggalkan juga kelongsong amal dan
doa yang barangkali belum terangkat
ke arasy atau sekadar terawang-awang
antara laku baik dan laku nodamu
sepanjang-panjang hari sebelum dan
sesudah Ramadan menjauh....

AMINHAD,
11 Syawal 1427H.

Wednesday, October 10, 2007

Berlari Bersama Waktu Berlari

Indahnya Dunia yang Telah Kita Tinggalkan

Senyum sebagai hidangan
antara tangis dan gurau
antara ejekan atau usikan
kenakalan menjadi penghias
keakraban menjadi ukuran.

Menghitung hari-hari itu
derasnya beranjak seperti baru
semalam bagai sekenyit mata
luka terserandung mainan belaka.

Berlarian seperti kewajipan
berkubang di parit suatu perayaan
mengheret upih pinang berderet-deret
sorok-sorok dan masak-masak hangit.

Dunia itu dipenuhi kuntum keriangan
penat lelah segera disisihkan
alangkah gagahnya kita mencubit iktibarnya
duka sengsara di bibiir sedia tersenyum suka.

AMINHAD,
SMK Seri Indah, Petaling.

Semenjak Kecil Diajar Membatang

Begitu kita diajar dengan penunjuk rumbia
yang keras, berkilat, hitam dan keras
sekeras suara tuk guru bertegas
membatang dan membetulkan tajwid
sebenarnya mahu membenarkan niat
mengenal mushaf dan mengenal Engkau rahsia zat.

Sekian tahun guru itu telah mengembara lagi
tetapi berpergian di negeri yang lain
sebenarnya mahu membentak serakah nafsumu
hanya insan yang kenal diri mahu menginsafi
putih sirah nabi menerangi Hira' sepi
semenjak kecil sebenarnya engkau dilentur berperibadi.

AMINHAD,
Seri Indah - Putrajaya.

Laut Halaman Permainannya

Bermain dengan ombak
aku diajar menghitung jumlah sisik harap
untuk setiap pagi yang mercup
di rahang laut yang luas menganga.

Merengkuh dengan pengayuh
aku diajar membenamkan segala kekhuatiran
untuk setiap kail yang dicampak
ke padang rezeki yang penuh rahsia.

Meredah dengan perahu
aku diajar memintas alun nasib
untuk setiap usaha yang ditempa
ke ladang keringat yang mengucur pahala.

Lelaki itu mengajar aku tentang kekentalan
kesabaran memiliki sekian banyak tingkat
ketakwaan demikian semestinya berdarjat
di laut masih halaman permainan ikan-ikan.

Aku menatap langit-Mu, Rabbi
sewarna dengan laut rezekiku yang terbentang
tetapi yang jernih atau hitam itulah amalku
di laut hayat noda dan amalku sama menggelepar!

AMINHAD,
Pulau Indah - Putrajaya.

Dunia Sekadar Sayap Nyamuk

Apalah ertinya dunia
kalau harganya sekadar sayap nyamuk
yang nipis dan rapuh
renyuk diterjah karenah dan olah.

Apalah harganya sayap nyamuk
kalau cantiknya cuma seketika
yang berkilau bukan daripada cahayanya
yang mengepak tanpa angin gugur dia.

Apalah ertinya kemilau duniawi
kalau akal tidak menjangkau ukhrawi
dan tangan sekadar menghitung laba
memegang mushaf tetapi mulut terkunci.

Kalau nurani enggan meneguk atma-Mu
kalau batini dimainkan uja khayali
lebih elok kita menjadi nyamuk
hidup beberapa hari dan tak perlu nyanyuk.

AMINHAD,
Seri Indah - Putrajaya.

Salam Lebaran

Hari yang mulia itu bukan
seperti hari-hari selalu
yang kusam atau buram
yang terperuk atau bungkam
kerana lebaran hari kemenangan
dibatasi awan Ramadan
yang semakin mencaing-caing
menipis dan beransur berkecai
untuk menunggu hari esok
yang belum pasti
terjumpakah dengannya lagi.

Tersenyumlah seadanya
kerana rahmat dan sedekahmu
pasti terangkat ke langit zaman
pasti berkat sesama insan
kerana berpesan seadanya
seperti sedekah sepotong maaf
sepanjang bulannya.

AMINHAD,
Putrajaya-Serdang.

Tuesday, October 09, 2007

Catatan Rindu Illahi (Buat Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha)

Hari-hari Itu Telah Tiada

Catatan Rindu Illahi (Buat Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha)

Sejernih air yang mengalir
sebening senyum yang terukir
demikian keikhlasan menyusup
di jubah amalan insani berani.

Alam perkasihan bukan palsu
alam niskala bukan mainan
cakerawala pun menyimpan rahsia
angkasawan sekadar zarah bertamu.

Dalam diam engkau pasti tahu
wujud titik air dan hembus bayu
tiup sangkakala dan gejolak api
janji-Nya, ke tanah juga engkau kembali.

Kalau kau di luar titik graviti nanti
sampaikan bisikku kepada awan
bahawa kita sememangnya pengembara
zat yang sementara hanya mengharap reda-Nya.

Ramadan nan indah mendakap misimu
semoga doa kudus kami mengangkat hakikat
rahsia angkasa adalah rahsia-Nya juga
biar tak terungkap tapi tetap terasa hadir-Nya.

Begitu tamsilnya pengembaraan ini
penerokaan ini bukan sekadar sejarah
kita membesarkan-Nya di sebalik fardu kifayah
hidup ini indah, sungguhlah ini erti mujahadah.

AMINHAD,
Putrajaya.

Ramadan Kian Mengengsot

Ramadan kian mengengsot
meninggalkan kita tanpa pamit
bahawa antara tabir malam dan ufuk subuh
bertemu di kaki Syawal.

Adalah aku, insan yang terpegun
membentur dahi ke atas sejadah
menadah harap pada kelibat insaf
menebar cinta pada kubah dini hari-Mu.

Aku kekal tersedu di awang-awangan, Rabb
tak henti menghitung titik-titik alpa
yang bertumpang-tindih di lembaran hayat
tetapi Ramadan yang lain mungkinkah bertemu?

AMINHAD,
Serdang - Putrajaya.

Monday, October 08, 2007

Keberangkatan Sebuah Rindu

Di daerah anak-anak itu
aku masih berada di halaman masjid
selesai tarawikh memukul beduk berirama
petanda gembira tamatnya mengimarah malam-malam-Mu
Ramadan yang kesekian kalinya
teringat sahabatku berkelubung jubah
menakutkan sekawan kami
yang tidur di luar mimbar
bangun pagi tiba-tiba dia berada di tepi kolam
barangkali malam tadi diangkat jin.

Dan untuk kesekian kalinya lagi
Rohani, sahabatku itu tidurnya terus diganggu
jaganya benar-benar di sisi pusara.

Keesokannya dia hanya tersenyum
sedang kami terlopong berusaha mentafsir
bahawa kebarangkalian kesucian yang dituntut
memberat dalam timbangan amal
keikhlasan mengabdi bukan senda dan gurau
rumah-Mu bukan padang mainan
buat anak-anak ingusan.

Kini, rindu saat itu telah jauh berangkat
meninggalkan kampung kenangan
yang masih berbekas dalam ranjang tidurku
sepanjang waktu.

Aminhad,
Pulau Indah.