Tuesday, March 31, 2009

Entah Terluka

Entah terluka atau tidak
tikaman orang yang
suka berahsia
dan menyembunyi
cerca caci di dalam belati
senyuman di dalam tajam duri.

AMINHAD,
SERDANG, SELANGOR.
Akhir Mac, 2009.

Amal

Amal dan makruf
serupa titian.

Amalnya menjadi kebenaran
makrufnya menjadi pedoman.

Serdang,
November, 2008.

Doa Selepas Membaca Surah al-Waqi'ah

Ya Allah, turunkanlah hidangan bagi kami
dari langit sebagai keraian, iaitu bagi
orang-orang yang bersama kami, dan yang
hidup selepas kami, serta menjadi bukti
atas kesusahan-Mu. Berilah rezeki untuk kami,
kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.

Ya Allah. Sekiranya rezeki kami berada
di langit, maka turunkanlah ia. Jika ia
berada di bumi, keluarkanlah ia, dan jika
ia berada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami berada di tempat
yang jauh, dekatkanlah ia. Jika ia
sedikit, banyakkanlah ia. Dan jika caranya
sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah
ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut
kepada kami, dengan kemuliaan, kemurahan
dan kebaikan-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai
Yang Maha Mengasihi antara yang pengasih.

Monday, March 16, 2009

Kesempitan yang Mendera

Hujan mendera rasa
pun waktu memburu usia
tatkala gerimis membasahi hamnparan senyum
dan tumitmu terluka oleh olah noda.

Kesempitan memang mendera
sedang kedut semakin menghias muka
sementara dugaan semakin mencengkam
dalam pahit masi tak tertelan,
sekadar dikemam.

Inilah beza lembaran hayat antara kita
kesempitan dan kelapangan menjarakkan cara
sedang rel hidup perlu terus disusuri
hari ini bertatih mungkin esok boleh berlari.

AMINHAD,
Presint 9, Putrajaya.
5.03 petang.
16 Mac, 2009.