Wednesday, October 24, 2007

Desa yang Menguja Keinsafan

Desa yang bening dan permai
kerap mengusap nuraniku yang tiba-tiba
sedu dan terkesima oleh olah diri
zaman kanak-kanak mengkristal
kemudian mercup bagai bunga api
yang mencorakkan indahnya kenangan.

Pun ada jejak-jejak yang hilang
dimamah deru pembangunan
kerinduan itu tak pernah terpadam
saat melihat kelibat telaga yang
kini sengaja disebukan atau
parit berkubang menjadi semakin lebar.

Segalanya menghimbau rindu
seglanya menguja keinsafanmu
bahawa hari-hari yang telah dilalui
semakin panjang atau mungkin juga
akan berakhir perjalanan ini
pada detik yang tiba-tiba sahaja
sebagai penghujung jalan
sebagai stesen akhir duniawimu.

AMINHAD,
Pulau Indah - Sabak Bernam.
12 Syawal1427H.

No comments: