Sesiapa yang menulis selawat pada satu benda atau kertas,
para malaikat sentiasa memintakan ampun dosanya
selama mana tulisan itu belum terhapus.
Mafhum al-Hadis.
Wednesday, April 15, 2009
Wednesday, April 01, 2009
Kisah Madu Pada Zaman Rasulullah
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Sa'id al-Khudri, ceritanya: Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah, seraya berkata: "Saudara, saya sakit perut."
Rasulullah bersabda: "Minumlah ia dengan madu."
Orang itu lalu memberi minum saudaranya dengan madu kemudian datang lagi kepada Rasulullah SAW.
"Saya telah meminumnya madu, namun ia masih tetap sakit perut," kata lelaki itu. Baginda mengatakan itu sampai tiga kali lalu lelaki itu datang untuk yang keempat kalinya.
Rasulullah bersabda: "Minumlah ia madu."
Orang itu menjawab: "Saya sungguh telah memberinya minum madu, namun ia tetap sakit perut."
Baginda kemudiannya bersabda: "Allah Maha Besar dengan firmsn-Nya, dan yang berbohong adalah perut saudaramu."
(Sakit perut yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah cirit-birit. Apabila Baginda Nabi SAW memberikannya sendiri sedikit madu, maka sembuhlah sakitnya. Hal ini disebabkan oleh karaktor madu yang berperanan sebagai resistan kuman/ bakteria).

Tuesday, March 31, 2009
Entah Terluka
Entah terluka atau tidak
tikaman orang yang
suka berahsia
dan menyembunyi
cerca caci di dalam belati
senyuman di dalam tajam duri.
AMINHAD,
SERDANG, SELANGOR.
Akhir Mac, 2009.
tikaman orang yang
suka berahsia
dan menyembunyi
cerca caci di dalam belati
senyuman di dalam tajam duri.
AMINHAD,
SERDANG, SELANGOR.
Akhir Mac, 2009.
Amal
Amal dan makruf
serupa titian.
Amalnya menjadi kebenaran
makrufnya menjadi pedoman.
Serdang,
November, 2008.
serupa titian.
Amalnya menjadi kebenaran
makrufnya menjadi pedoman.
Serdang,
November, 2008.
Doa Selepas Membaca Surah al-Waqi'ah
Ya Allah, turunkanlah hidangan bagi kami
dari langit sebagai keraian, iaitu bagi
orang-orang yang bersama kami, dan yang
hidup selepas kami, serta menjadi bukti
atas kesusahan-Mu. Berilah rezeki untuk kami,
kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.
Ya Allah. Sekiranya rezeki kami berada
di langit, maka turunkanlah ia. Jika ia
berada di bumi, keluarkanlah ia, dan jika
ia berada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami berada di tempat
yang jauh, dekatkanlah ia. Jika ia
sedikit, banyakkanlah ia. Dan jika caranya
sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah
ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut
kepada kami, dengan kemuliaan, kemurahan
dan kebaikan-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai
Yang Maha Mengasihi antara yang pengasih.

Monday, March 30, 2009
Monday, March 16, 2009
Kesempitan yang Mendera
Hujan mendera rasa
pun waktu memburu usia
tatkala gerimis membasahi hamnparan senyum
dan tumitmu terluka oleh olah noda.
Kesempitan memang mendera
sedang kedut semakin menghias muka
sementara dugaan semakin mencengkam
dalam pahit masi tak tertelan,
sekadar dikemam.
Inilah beza lembaran hayat antara kita
kesempitan dan kelapangan menjarakkan cara
sedang rel hidup perlu terus disusuri
hari ini bertatih mungkin esok boleh berlari.
AMINHAD,
Presint 9, Putrajaya.
5.03 petang.
16 Mac, 2009.

Subscribe to:
Posts (Atom)