Sunday, August 14, 2011

Sekian Kembara Nyawa

Berlegarkah ia
antara lapang siang dan kaki senja
atau melekap di celahan fajar
semenjak sekian tahun merangkak-rangkak
dalam saraf dan degup jantungmu?

Perca nafas bertebaran
selirat solat membenih atau berkaparan
di atas bentangan hamparan amal
semenjak di dalam rahim ibu
dalam perut sesudah mudigah diseru.

Menatap bersit kudus sinar
mengasyik azan bergetar
membasahi baju imani
yang kaukendong sepanjang jalan ini
dan tiba-tiba nanti terputus rezeki.

Sang malaikat bertebaran ke penjuru alam
tetapi sebutir padi pun tiada lagi buatmu
sang malaikat yang berulang 70 kali ke mukamu
janji Tuhan disiramkan ke jasad itu
direnggutnya nyawa, tergeletaklah jasad.

Pada saat kembara nyawa telah sirna
bergelut di dalam badani dan manusiawi
selamat datang ke negeri nan abadi
benar janji ke langit tujuh kan mendepani
Maha Agung Rabb, harum-hanyirkah rohku ini?

AMINHAD,
14 Ramadan,
14 Ogos, 2011.
Sabak Bernam.


7 comments:

NASSURY IBRAHIM said...

Banyak bintang ni. Selamat hari raya, maaf zahir batin

~Faiz~ -Fahmi- said...

hebat tuan, hebat.
masih ingatkah tuan kepada saya?
seorang penulis muda yang pernah menghadirkan diri ke kem penulis muda di Sabak Bernam.
tuan menggelarkan saya Penulis Kabur. :)

Floriano Junior said...

Morning Friend...
Happy blogging??
Visit My Icon Blogger Junior

doktor computer said...

http://svendors.blogspot.com/
mari ke blog saya

maya kirana said...

salam ziarah..

Hana said...

jangan lupa singgah http://hanascribble.blogspot.com/terima kasih :)

Palestine Hanum said...

bapak seorang pemain sajak