Wednesday, July 02, 2008

Mungkinkah Aku Tidak Akan Berkarya Lagi?

Ahad lalu aku memang berhasrat ke Laman Seni, Putrajaya dengan
harapan akan ada seorang seniman yang dapat aku temui untuk
bersembang. Pelbagai urusan melanda. Pelbagai perasaan mendera
dan sampai di sana telah hampir masuk Asar.

Terus saja kutuju sebuah galeri warna air yang sebenarnya aku
tidak pasti kenapa aku ke situ. Alangkah gembiranya aku
apabila renunganku pada kanvas disambut dengan salam seniman
yang tidak pernah aku terima sebelum ini.

Lelaki itu, Pak Sani (yang kupanggil Abang) mengaku telah
15 tahun daripada penjawat awam. Berdasarkan keratan akhbar
dan buku Malaysian Watercolours'94, tahulah aku Pak Sani
MWO Vice Chaiman II pada masa itu.

Dia benar-benar seniman. Bercerita dengan anakku (yang
kebetulan sama tarikh lahirku, Nur Hanani Husna) tentang
falsafah di sebalik sebuah lukisan. Aku ketawa dan aku
benar-benar terhibur.

Salam perpisahan kami tercatat dalam sebuah memori yang
pasti kekal nanti. Kuingat pesannya beberapa kali agar:
Jangan putus hubungan. Di rumah aku pun bermenung
mengenang sekian jumlah lukisanku yang tidak tersisa
sejak 1981 kulukis. Malah fotonya juga turut musnah
dan hilang dalam simpanan. Jadilah aku mengabadikan
karyaku hanya dalam memori.

Sesudah berjumpa Pak Sani, mungkinkah aku akan
berhenti menulis setelah meluat melihat dan
menerima karenah birokrasi yang paling menjengkelkan:
Asyik mengambil kesempatan atas kemiskinan penulis,
dan menindas pencinta sastera yang kononnya hanya
layak sebagai penulis 'seni untuk seni' sedang
orang lain kaya raya dengan hasil titik peluh
walau bermodal hanya air liur semata.

Dan kami?
Dan kami penulis yang tercatat dalam Direktori
Penulis Malaysia pun masih disuap pisang dan
buntut dikait onak?

AMINHAD,
Putrajaya.

4 comments:

Ghazali Lateh said...

Amin,

Lupakan 'seni untuk seni'. Mari kita menulis sesuatu yang menguntungkan diri bukan orang lain yang sering mengambil kesempatan terhadap kemiskinan penulis. Malang sekali, dunia sastera banyak kepura-puraan.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

aslkm, min. puisi hg ni mengembalikn nostalgia, sterusnya mengingatkn aku yg hg memg dulu lg mahir mlukis. aku ingatkn hg masih lg melukis, slain biasanya menulis.. jgn sesekali bhenti bkarya min. aku yakin, hg masih blh myumbang sstu kpd bangsa, slain kpd pcinta sastera..

p/s- bila gamaknya dpt jmpa hg, sembang2... wslkm.

Sarah Mohd Shukor said...

Salam wbt sdra amin.

rupa-rupanya blog saya dilawati oleh penulis hebat. patutlah namanya macam pernah dilihat di mana-mana. rupanya di surat khabar. ya. saya ingat dan saya sedar akan kewujudan nama saudara di surat khabar. saya yakin saya tak silap. 'seni untuk seni'. ini jugalah yang dikaitkan dengan saya apabila ada kawan-kawan yang tahu saya meminati seni sajak sedangkan saya bukan dalam bidang ini. tapi saya buktikan yang seni bukan setakat untuk orang seni dan seni itu sendiri saja. seni itu global dan untuk semua. soalan saudara tentang karya saya, jujurnya, saya tidak pernah menghantar ke mana-mana akhbar atau majalah. masih rendah diri dengan kualiti yang tak seberapa :) teruskan menulis!

Korakora said...

saya mentertawakan sm zakir dalam kesusahan. anda juga pasti demikian - http://kawat.blogspot.com/