Tuesday, July 15, 2008

Menulis Bukan Kerja Mudah

Aku sebenarnya sedang mengerjakan sebuah novel
yang usianya sudah mencecah 5 tahun kukerjakan.
Percaya atau tidak? Itulah pengakuanku. Dan aku
hanya ada sehari setengah untuk melangsaikan
novel itu yang masih perlu kuteliti dan salin
semula lebih 50 halaman. Empat tahun novel ini
tidur. Tahun kelima ada permintaan yang sebenarnya
aku masih belum sanggup menyerahkannya untuk
diterbitkan atas sebab-sebab terpaksa menaipnya
semula.

Dalam berkarya, setiap kugarap semula, bukan itu
karya yang asal tetapi menjadi bicara dan bait
yang berbeza dan cerita dan watak dan latarnya
ikut berubah!

Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah novel
walaupun barangkali nanti karya ini tidak
sebaik yang ditanggap orang. Bukankah baik
atau buruk itu bersifat relatif? Terpulanglah.

Tunggulah kelahiran LUKA PERTAMA sekitar Ogos,
2008 yang belum pasti berwajah ceria ataupun
entah apa-apa! Terima kasih kepada pak dosen
Sham al-johori yang menjadi watak utamanya.
He, he. Novel ringan yang berat. Novel remaja
yang purba.

Tungguuuuuuuuuuu!

3 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam tuan...saya terpaut dengan entri ini lantaran berkaitan sekali dengan tugas saya sebagai Editor buku. Mohon bertukar pautan, dan saya sudah pautkan tuan ke pautan saya.

Selamat berkarya.
RMN ( www.celikhuruf.blogspot.com )

Sarah Mohd Shukor said...

salam saudara amin. ini ke novel yg dimaksudkan? wah! saya masih di msia sehingga hujung ogos. tak sabar nak tunggu novel ni keluar di pasaran.

utk pengetahuan saudara, sekitar awal ogos ini, insya Allah, Antologi Sajak 50 orang penulis luar negara akan keluar di pasaran. tajuknya Bahasa Bumi. sengaja saya tak maklumkan di blog sajak saya tentang hal ni. saya merupakan salah seorang daripada penulis yang terlibat utk projek Antologi Sajak tu. harapnya segalanya dipermudahkan-Nya.

bila terbaca semula komen saudara tentang pengalaman kembara saya di negara asing boleh diguna pakai utk menulis novel, saya tergerak hati utk mula menulis. saya belum pernah menulis novel. setakan cerpen pernahlah. banyak yg saya perlu belajar daripada saudara amin. harapnya sebelum tamat belajar tahun hadapan, ada sebuah novel yg dapat saya hasilkan.. insya Allah. terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi ke arah ini!

SATIRA + KACAU said...

Sdr Amin: Salam singgah dan membaca. Kalau sudi, jengahlah ke blog saya.

Satira + Kacau