Monolog Pada Hari Bapa
Papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada.
Kita manusia seperti sengaja tak melihatnya atau juling nyedar rasa,
agaknya.
MALAIKAT MAUT membelek-belek wajah manusia
di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika kami datang merenung wajah seseorang,
didapati ada yanggelak ketawa.
Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diminta oleh ALLAH untuk MENCABUT nyawanya
tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa?"
Salman al-Farisi meriwayatkan,bahawa
Nabi SAW berpesan:"Perhatikanlah tiga perkara
kepada orang yang sudah hampirmati itu.
Pertama: Berpeluh pada pelipisnya.
Kedua: Berlinangair matanya.
Ketiga: Lubang hidungnya kembang-kempis.
Manakala jika ia mengeruh seperti tersedak.
Air mukanyanampak gelap dan keruh,
menandakan gejala azab daripada Rabb sedang menimpa dirinya."
Kucatat kembali ini kata-kata
pada papan tanda AWAS itu.
Percayalah, papan tanda ini tidak kelihatan
tetapi ada.
Seperti angin yang kita percaya
tetapi tidak kelihatan wujudnya.
AMINHAD,Serdang.
2 comments:
salam, sila rujuk artikal hari ibu dan bapa disana ada ceritanya ....
mencarikasihnya.blogspot.com (http://mencarikasihnya.blogspot.com/2010/05/hari-ibu.html)
Merah sangat ni
Post a Comment