Tuesday, May 25, 2010

Ini Papan Tanda Awas kepada Manusia

Papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada. Kita manusia
seperti sengaja tak melihatnya atau juling nyedar rasa,
agaknya.

MALAIKAT MAUT membelek-belek wajah manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari.

Ketika kami datang merenung wajah seseorang, didapati ada yang
gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat
orang ini, sedangkan aku diminta oleh ALLAH untuk
MENCABUT nyawanya tetapi dia masih berseronok
dan bergelak ketawa?"

Salman al-Farisi meriwayatkan,
bahawa Nabi SAW berpesan:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir
mati itu. Pertama: Berpeluh pada pelipisnya. Kedua: Berlinang
air matanya. Ketiga: Lubang hidungnya kembang-kempis.
Manakala jika ia mengeruh seperti tersedak. Air mukanya
nampak gelap dan keruh, menandakan gejala azab daripada Rabb
sedang menimpa dirinya."

Kucatat kembali ini kata-kata pada papan tanda AWAS itu.
Percayalah, papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada.
Seperti angin yang kita percaya tetapi tidak kelihatan wujudnya.

AMINHAD,
Serdang.

2 comments:

DI KULIT BUMI KARYA-MU said...
This comment has been removed by the author.
macho said...

Paparan tanda awas memang tidak ada walaupun ada,
Tiada percaya dibelek-belek 70 kali sehari,
Apa dah jadi tua dunia ini.

Paparan awasmu menuruti lembaran baru,
Karya`Ini Papan Tanda Awas kepada Manusia merembis dihidu,
Pujangga muda tercari gaya awasmu.