Monday, September 22, 2008

Ramadan Ini Kami Diduga

Benar hanya dugaan
daripada-Mu yang tentu
Yang Maha Tahu
Yang Maha Pemberi
tetapi aku bermunajat
ringankan dan rungkaikanlah
dugaan ini kerana benar
terasa amat sekali beratnya
terpanggul di pundak
sampai aku tak pandai gelak.

Mohon ampunkan
segala salah kami
sesiapa waima orang yang iri
atau pernah disakiti tak disedari
atau makhluk yang halusinasi
maafkanlah kami
kerana manusia adalah makhluk
bukan sempurna serba-serbi.

Ya Allah, dengarkanlah ini
munajat kami selain yang tumpah
di atas sejadah
selain yang mengapung
di malam-malam rahsia-Mu,
yang sekian tak terhitung itu.

AMINHAD,
Putrajaya - SMKSI.

1 comment:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam bro..
Ucapan SELAMAT HARI LEBARAN buat hang sekluarga.
Maaf Zhr & Btn.
Mudah2an lps raya, bpeluang bjmpa, insya-Allah.
Wslkm.