Wednesday, September 24, 2008

Cemas

Cemas bukan sama
antara perasaan lemas,
rimas, ataupun gemas.
Dugaan mencemaskan
bukan sehari
kerana getar dan debar,
tak sama dengan dedar,
ataupun nanar.
Demikian gunungan cemas
membiak dalam jantungku
yang mengepam rasa linglung
bukan seketika atau
sekejapan cuma tetapi
sampai sekian usia
yang kami sendiri tidak
pernah pasti.

Kalian tahukah bila
cemasku akan hilang<

AMINHAD,
Putrajaya - SS.

2 comments:

rimanilzah said...

Amin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Aku skrg mengajar di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol. Satu sekolah dengan kawan engkau semasa di Sabah, Mat Nor.

DI KULIT BUMI KARYA-MU said...

Salam,
nama hang betoi saper ek? Mat Nor tu aku ingat, aku nak masuk blog tak dpt pun?

Kirim salam kat md Nor ya.