Monday, April 21, 2008

Sahabat, Demikianlah Riwayat Waktu (Kepada Zul Isma)

Barangkali 25 tahun itu sudah cukup untuk mendera
persahabatan yang jauh bukan alasan
pertemuan yang dekat bukan keakraban
kerana sejarah pasti akan berulang
untuk mendera kesan luka lama
biar kita semakin jauh, Zul
dalam jauh kita semakin hampir.

AMINHAD,
UPM.
21 April, 2008.

4 comments:

Sham al-Johori said...

amin, apalah punya penulis blog ni,.. orang lain ada blog juga tapi update. kalau macam ni punya penulis lebih baik jadi tunggul kayu ajalah.
Aku, sudin, kak zai, tn hj naffi kat Miri dan kejap lagi nak prgi Brunei, darulsalam.
Sairi, serting-PPK.
sorry...hehehehe

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

hmm.. amin, puisi hang ni mengingatkan aku pada hari sastera di mpti dulu.. dan hang ingat lagi tak si 's' tu..? hari sastera 85 di usm, kami bertemu lagi.. dia ada tanya hang.. aahh..itu crita lama, tapi bila diimbas, masih baru rasanya.. banyak nak disembang dgn hang sebelum ini, tapi waktu amat mencemburui, dan ditambah lagi dgn rasa, hang 'begitu besar', dan aku 'terasa kerdil'.. kali terakhir aku jumpa hang, waktu hadiah sastera utusan public bank (tak ingat thn)..tapi sayang, takdak peluang sembang langsung!.. masa tu, hang dah bdua.. (err..baru jer bdua kot..) ingat lagi ke..?

Rie Rie said...

puisi yg menarik, untuk sahabatnya??

ZULKIFLI ISMAIL BKM said...

Terharu dengan puisi ni. Terima kasih sahabat. Puisi ni membawa aku jauh ke zaman silam. Kenangan di MPTI 25 tahun lalu kembali menerpa.Biar jauh, biar jarang berhubung, Sahabat akan selamanya Sahabat.