Monday, January 28, 2008

Itulah Kehidupan

Menyongsong angin dsn puing usia
tak ternah usai belit tali masalah
kusut dan terus mengusutkan jalan
menuntut akal memerah bijaksana
menuntut iman mengejap keberanian
kerana dugaan itu kekal
dan bahagia itu sementara
nyawai itu sementara
dan amal itu kekal adanya.

itulah kehidupan
apabila hari ini ada seorang
presiden kembali kepada-Nya
esok akan lahir sekian presiden
yang hidup seribu tahun
walaupun hanya amanatnya
untuk hidup sejagat dunia.

AMINHAD,
Putrajaya,
28 jan, 2008.

1 comment:

Korakora said...

cikgu amin, saya sekarang di kawat.blogspot.com

bolehlah ubah link kat tepi tu!!! :)