Friday, July 06, 2007

Sepi dan Terasing

Setelah sekian lama, baru aku tersedar sudah lama aku tidak melawati blog teman-teman. Memang terasa sepi dan terasing.

Keruwetan hidup menuntut pemenungan dan penyendirian serta kesenyapan.

Ahli fikir juga mencintai alam kesenyapan untuk memperoleh kekhusyukan.

Sepi dan terasing mengajar aku erti Keagungan dan Kebesaran-Nya atas segala qada dan qadar-Nya kepada manusia yang berkarya setiap detik Di Kulit Bumi Karya-Mu jua Rabb.

Aku juga terasa semakin sepi dan terasing dalam dunia sastera dan seperti menjadi penulis yang baru betul-betul belajar merangkak semula kerana tidak ada karya yang tersiar ujung-ujung ini.

Sejak 1.30 tadi aku bangun dan santak ke subuh, aku banyak belajar dari blog teman-teman, memperoleh ilmu dan khabar yang tidak akan kuperoleh dari mana-mana kedai, waalaupun hanya di ruang maya.

Bukankah hidup ini juga maya dan fana? Ada tetapi tiada. Tiada tetapi terlihat ada.

No comments: