Wednesday, July 11, 2007

Kemurungan dan Dr HM Tuah

Jun dan Julai sebenarnya bulan kemurunganku. Macam-macam yang kulakukan serba tak kena. Macam-macam yang kuusahakan serba tak menjadi.

Jun 2007, aku sempat menjengah dua kali ke tanah selatan Semenanjung setelah kutinggalkan sejak 1983, dan aku menjenguk kembali Batu Pahat, Muar, (tapi tak jumpa Parit Raja, aneh), Air Baloi, dan Pontian, lalu ke titik paling selatan di benua Asia di Tanjung Piai bersama-sama Pak Sham, Dr Ghalateh dan Pak Lutfi penyair tersohor yang baru menang hadiah itu. Tapi, 300 peratus pasti kalian tidak akan percaya kalau melihat keceriaan kita yang saling sambung menyambung 'berlawak celaka' sepanjang di Pontian hingga ke Karimun dan kembali, bukan. Ha,ha,ha. Aku memang pandai berpura-pura kerana bukankah hidup ini sebenarnya suatu sandiwara?

Aku gembira kerana dapat membantu jabatan isteriku (Hass Ana/ Rohana Hassan di JKKP, KSM, Putrajaya) "mendapatkan" motivator Dr HM Tuah Iskandar al-haj walaupun aku sendiri sudah puluhan tahun tidak bertentang mata -- hanya bersms. Alhamdulillah, lelaki itu kini betul-betul berTuah dan luarbiasa Hebat! (Tahniah! Isteriku sempat meminta autograf pada naskhah novelnya yang sememangnya laris itu!)

Aku sewajibnya mengikut jejaknya walaupun sebenarnya aku sudah terasa ketinggalan 47 tahun di belakang. Apa bezanya dia? Dia dianugerahi-Nya tetap 24 jam, dan aku? Dia duanugerahi-Nya secukup sifat dan akal yang waras.

Barangkali aku tidak melatih otakku untuk menjana sekian-sekian juta saraf agar amalan "Al-Waliyu" asmaulhusna itu benar-benar memercupkan berjuta-juta idea.

Apa masalah aku? (Semua insan pasti ada masalah yang barngkali menjadi pencabar ataupun sebagai penghapus dosa). Ya Allahu Akbar!

7 comments:

Ghazali Lateh said...

Wak Amin,
Jangan menyesali kemurungan diri, kerana setiap yang berlaku ada rahmat yang tersembunyi. Terus melangkah selagi tidak dipanggil pergi. Kepahitan akan mengajar kita akan erti kemanisan.

Cerita Hikayat Pasai dah siap belum. Aku dah siap satu saja. Jumpa nanti

Sham al-Johori said...

wahduh, sak wahe iso ngelus kie? Saber seng akeh-akeh, ngengko ditambah rejeki kambe gusti Allah. Seng seber iso gowo seneng nang syurgo. mudah2an Allah perkenan impian neh seng sugeh2. Amin.

ambang said...

salam kepada sahabat
tahniah atas blog yang dibina
tahniah atas perjalanan jauh dan penuh makna.
jangan lupa sampaikan salamku pada khairuddin.

semoga dapat bertemu kembali
sesudah pertemuan akhir di taiping golf club

kunjungilah ambang

rimanilzah said...

amin,
ingat saya lagi. Dulu pernah sama-sama jadi hakim pertandingan di petaling. kunjungilah saya di http://rimanilzah.esasterawan.net.

selamat berblog.

mohamad kholid said...

rilek la bang... hidup kena diteruskan...

ramy0722 said...

Jika diizinkan Allah, akhir tahun aku ke HESCOM lagi. Moga dpt ketemu lg.

Hanim Salleh said...

Diri ini menyinggah untuk belajar daripada mereka yang berilmu.
Semoga sentiasa di bawah RahmatNya