Tuesday, May 22, 2007

Gegar Gentar dan Genta Perasaanku

Tanpa dirancang, aku dan seorang sahabat, (nama penanya mayang) telah berkunjung
ke Bukit Jalil (yang lebih 5 tahun aku tak kunjungi) pada hari final AF5 atas beberapa alasan: i mendapat informasi daripada
glateh bahawa ghalibyunus berada di situ selaku penggerak utama kelab penyokong
heliza bereh, mencari lokasi untuk novel remajaku yang entah berapa kali sudah bertukar
watak dan pengisahan sejak 5 tahun lalu, dan urusan bisnes.

Wah, sebaik sampai ke lokasi AF5 itu, tak pernah terfikir aku bahawa manusia yang mahu
berhibur seramai itu! Anggaranku, lebih 10 ribu, lebih ramai daripada penonton bola sepak di Stadium Shah Alam! Wah, bergegar dengan rasa gentar, dan dengan genta amat hebat
perasaanku melihatkan semua tingkah remaja. Pelbagai aksi kulihat dengan mata kepalaku
sendiri. Aku Memandang dengan MATA YANG TERCENGANG!

Benarlah, saat remaja di dunia sebelah lain menggadai nyawa untuk BERJIHAD, remaja
Malaysia sekadar bangga dengan acara BERFOYA-FOYA. Tiba-tiba aku teringat sajak:
Malangnya Nasib Bangsaku yang entah bila aku hasilkan.

...di sini sekian senja tak pernah berbau peluru
lalu kalian bergelut dalam longgokan nafsu
menebar mimpi menangguk ilusi
sedang pencatat itu terus bertugas pantas
menghitung debu-debu amal yang terbang
begitukah nasib bangsaku alangkah malang?

1 comment:

Sham al-Johori said...

Wah, pengalaman menarik sebab cerita dari AF5. Dulu nak kata cikgu Sairi gila AF, tetapi sekarang dia yang lebih. Itulah, kata orang lagi...siap bisnes lagi kat stadium bukit jalil. APa-apapun begituilah nasih remaja Malaysia. Tapi kalau program realiti TV buat program JIHAD agak-agaknya remaja kita nak ikut serta tak?