Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baharu 2010

Orang yang memetik buah
sebelum matang adalah
orang yang
menanam
di ladang
orang

adalah
orang yang
memetik anganan
di sebalik usaha biasa
sedang mimpinya menggunung
melebihi aras awan atau langit kemanusiaan.

AMINHAD,
Presint 9, Putrajaya.

3 comments:

! ! @nn@im! ! said...

salam, akhir nya dapat juga saya jejaki (nak dikatakan sahabat, pernah bersahabat..boleh juga dikata kan peminat amin sejak zaman pesekolahan saya (yg jelas saya anak jati selangor, berasal dari pandamaran jaya, (satu daerah dlm pelabuhan Klang)....saya ingat amin masih di sarikei....

Sufi said...

Salam, ckg ghazali kata, cikgu seorang penyajak yang hebat.sila beri tunjuk ajar...

NASSURY IBRAHIM said...

Itu pencuri tentunya. Walaupun yang diambil hanya buah, hakikat yang dicuri ialah tenaga, usaha, kegembiran, susah lelah, harapan tuan pemilik kebun.