Thursday, May 29, 2008

Yang Lain Kita Cerita Kemudian (Semoga Kau Damai Di Sana) Buat Allahyarham Admua MN

Itulah ayat pesanan ringkas terakhirmu
mencatatkan nama dan nombor Amirudin Ali yang kupinta
tetapi baru kelmarin kusedari setelah kaukembali
6 Mei itulah kau sudah berada di wad
sesudah aku menelefonmu dua jam kau sudah berada di situ.

Memang cerita-cerita biasa
dan suaramu ceria serta ghairah mahu berkongsi cerita
tentang susu alphalipid yang dikirim cikgu Ali
tetapi belum sempat kaujamah
aku terkedu seketika kerana sudah seminggu
susu pos laju itu dari ampang diterima kadar sehari cuma.

Kata doktor kau disyaki sakit paru-paru dan jantung
tapi telah dua jam belum ada perkembangan menguntung
dan entah kenapa selepas 20 minit berbual aku kerap mengulang-ulang:
Kau berehatlah
Kau berehatlah.

Jam 2.29 itulah pesanan ringkas akhirmu kutatap kini
dan Sham Al-Johori mencatatkan 7901 nombor nisan dinginmu, sahabat
kelmarin di akhbar bukan ceritaku yang tersiar kepada Alias Ismail
engkau nampak bersih dan mulus merenung terpaku aku
aku tahu engkau tidak mungkin lagi menelefon atau menyakat
kerana satu-satunya sahabat yang berbual kerap setengah jam bukan lain
hanya engkaulah orangnya dengan dekah ketawa dan usik ceria
mencari bidadari, mencari pasangan yang ketemu tetapi entah rasinya.

Kini aku tahu, bidadari temanmu doaku
menemani dan mengiringimu ke mana-mana nanti.

Selamat jalan sahabat,
benar hidup ini singkat
sungguhpun aku dekat; mengenalimu lebih suku abad.

- AMINHAD,
UPM, 29 Mei, 2008.
5.53ptg.

4 comments:

Korakora said...

Ini catatan saya tentang pemergian Allahyarham.

http://kawat.blogspot.com/2008/05/moga-helai-usang-admua-mn-sempurna.html

Saya rasa wajar sekali catatan sebegini dihimpunkan dan diterbitkan sebagai buku. meskipun dengan terbitan paling dhaif.

apa pandangan cikgu?

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Setelah bercuti seminggu di jb, sepulangnya aku ke hulu langat, baru berpeluang membuka blog sahabat2. alangkah terkejutnya aku sebaik menatap puisi terbaru hang ni, min. hanya simpati- mampu kukatakan. dan doa- semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh sahabat kita, sdr admua..

hajjah norraine said...

Assalamualaikum..sy pernah mengenali cikgu adam mohd nor..terasa ghalat juga bila sy google mengenai nya..beliau rupa2nya sudah 8 thn pulang ke pangkuan Ilahi.. fb norra nani

hajjah norraine said...

Jika tidak keberatan , bole ke saya lihat rupa arwah pd thn 2008 kerana kami tak pernah bersua pun , sekadar berutus surat dari thn 1983 hingga 1984 . Hubungan terputus apabila saya bertunang.