Kalau mercup kasih di langit
kalau jatuh titik nan jernih
kalau awan sentiasa putih
itu petanda doa nan kasih.
Kalau galah hendak menggapai
kalau jejambat hendak menyeberang
kalau kiambang penyeri kolam
itu petanda mentari nan cerang.
Jangan salai ciku kedondong
tapi salailah pari berbunga
jangan salahkan ibu mengandung
tapi salahkan diri yang pinta.
AMIHAD, 28 Okt 2009.
4 comments:
tuan tanah,
ganas dan mendalam pantun ini. sesekali pena di asah dan akal bergerak menyengat dan berbisa.
Amin
Tahniah Kang Amin, kerana diiktiraf sebagai Guru Cemerlang. Kecemerlangan yang sebenar diiktiraf oleh orang lain. Kalau diri berasa cemerlang tetapi orang lain tidak mengiktiraf, kecemerlangan itu bukanlah kecemerlangan sejati. Tahniah, Tuan memang cemerlang. Jadilah anugerah ini sebagai motivasi diri untuk melangkah lebih jauh.
Salam dan tahniah sdr Aminhad,
Semoga sihat dan sentiasa kreatif.
Salam,
Tahniah kerana aktif menghasilkan karya-karya bermutu..
Post a Comment