Friday, June 18, 2010

Dicengkam Keliru

Simpang yang sebenarnya terang
kadang ketika menyesakkan tayangan
apabila dipancar sorot kekalutan
yang kononnya benar tetapi palsu
yang kononnya jelas tetapi ragu.

Terang di retina tetapi palsu di layar nyata.
Terang di layar maya tetapi rancu di retina nyawa.

Apakah mansuia sengaja mencipta keliru
dan singa haloba pula sentiasa menyuakan
taringnya untuk mengunyah-ngunyah daging
dan tulang si papa yang kelihatan berisi
tubuhnya tetapi amat kecil hatinya?

Inilah sahabat yang dikatakan bukan
sahabat. Inilah sahabat yang digambarkan bukan
pemberi perlindungan. Mencakar dalam baju.
Menyembelih dari belakangku!

Hidup ini memang dipenuhi simpang liku
dan keliru, anakanda.

PUTRAJAYA,
18 Jun, 2010.

3 comments:

Ghazali Lateh said...

Jangan keliru bang, hidup memang begini. Tetapi kita perlu berani, walau apapun hidup perlu diteruskan.

Unknown said...

keliru kerana ada gangguan emosi.
keliru kerana ada tekanan jiwa,
keliru kerana ada hati yg sakit,
keliru kerana ditipu kawan sendiri.
keliru!

NASSURY IBRAHIM said...

keliru terbit daripada persekitaran yang diwarnai kepura-puraan.