Monday, June 15, 2009

Selamat Hari Bapa

Al-Fatehah buat Ayahanda Mohd Nasir bin Palil
yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30pagi,
8 Jun, 2009.

Lahir: 2 Jan, 1939.
Usia: 70 Tahun.

Beliau yang memelihara saya sejak usia 4 tahun.
Kepergian beliau amat dirasai kerana hanya
saya seorang anaknya.

Allahyarham sahabat karib Dr Ahmad Razali Yusof
semasa zaman bujang, berbasikal ke sana sini,
menikmati hidup serba sederhana tetapi ceria.

Dua buah puisi untuk beliau, belum sempat ditatap.

Semoga rohnya berada di sisi hamba-Nya yang
soleh.
Amin.

TK kepada teman-teman yang mengirimkan al-fatehah.
Semoga budi Tuan, Dia Balaskan.