Thursday, August 16, 2007

kembara hayat

hari-hari yang dilalui semakin mendebarkan. ada ketikanya kita terasa hidup tetapi mati namun semuanya hakikat kehidupan.

sabtu lalu aku menghadiri pengebumian pak cik isteriku, haji asmawi yang meninggal seorang diri di rumah sendiri. ada kesan lebam di leher dan badan tapi polis tutup kes, atau seperti tidak ada kes kerana proses post-mortem dll memakan masa dan melecehkan (leceh?). mujurlah anak-anak arwah setuju. (aku adaa ambil gambar proses pengebumian itu).

sesudah itu, aku membawa anakku dan menunaikan permintaannya untuk menziarahi pusara datuknya sebelah isteriku, hassan haji sidek yang selalu diingati dan disebut-sebut. nantilah, aku ada ambil gambarnya, dan hatiku tersentuh kekita melihat gelagatnya membaca al-fatehah 3 kali dengan bersungguh-sungguh.

demikianlah kembara hayat kita nanti....

esok aku semakin sibuk dan sabtu aku mulai ke kuala terengganu hingga 21 ogos. 22 ogos akan ke upsi (majlis konvo adik ipar, mohd asri hassan) dan 23 ogos? ha, ha, ha! aku akan hadapi ptk yang belum dapat 4 dan 4.

jika ada umur, kita akan terus mengembara. insya-Allah.